Skip to main content

Diari Memoriku part14

                   Air dingin yang hinggap di wajah Hani, membuatkan Hani terjaga. Kelopak matanya terasa berat sekali tetapi digagahi juga untuk dibuka. Bayangan perempuan di hadapan Hani kelihatan kabur sekali. Hani mngelipkan matanya beberapa kali untuk mendapatkan penglihatan yang normal kembali.

          "Hani dah sedar?,   ujar Fatimah dengan wajah keresahan. Mana tidaknya, masuk sahaja ke dalam rumah Hani sudah terkulai di atas lantai dengan wajah yang pucat. Hani yang baru sedar itu, ralit mentafsir gadis di hadapannya sambil memikirkan apa yang telah terjadi tadi.
Serta merta air mata Hani jatuh dengan deras.
                                
"Akak....akak . Dia dah tiada,"sendu Hani semakin kuat, tangannya menggenggam erat tangan Fatimah. Fatimah menjadi semakin bingung.

"Siapa yang dah tiada ini Hani?",bimbang Fatimah melihat keadaan adik angkatnya begitu.

"Hamiezah! Madu Hani kak! Sahabat Hani!..,"bersungguh-sungguh Hani memberitahu Fatimah . Lantas tangan Fatimah merangkul erat tubuh Hani dan mengusap belakang badan Hani untuk menenangkannya.

"Shhh..... sabar Hani, sabar. Akak bersimpati,"dengan tidak semena-mena air mata Fatimah juga tumpah.

"Ini semua dugaan Allah. Allah lebih sayangkan dia. Insyallah dia syahid Hani. Doakan untuk dia supaya tenang di sana. Sedekahkan Al-Fatihah untuk dia," Fatimah mengeratkan lagi pelukannya terhadap Hani.

                                             ***
      Azib terduduk selepas mendapat panggilan yang menakutkan itu. Kini dia sudah menjadi anak tunggal. Air mata Azib laju mengalir tanpa bunyi dari esakannya. Lagi runtun hatinya apabila ibunya tidak membenarkan dia balik untuk menziarahi adiknya dengan alasan peperiksaan semakin hampir dan ibunya mahu dirinya terus fokus untuk belajar sahaja. Hamiezah adalah satu-satunya saudara ynag dia miliki. Itulah wanita yang paling diasayangi selepas ibunya.

     "Allahhu Akhbar!," itu sahaja yang mampu dilafazkan berulang kali. Sungguh dia tidak sangka perkara ini akan  berlaku pada dirinnya.

                                          ___

Sudah  hampir 2 bulan Hamiezah meninggalkan mereka. Selama 2 bulan itulah Azib jarang bertemu dan keluar bersama Hani. Tiada lagi masakan-masakan russia daripada Azib kepada Hani seperti selalu. Senyuman manis yang sentiasa dilemparkan itu juga telah menjadi tawar.
     
     Ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan Hani dengan pantas mencapai tudung sarung labuh dan niqabnya sebelum membuka pintu . Wajah disebalik pintu itu, adalah wajah yang sangat dirindui dan ditunggu-tunggu. Dengan pantas tangan Hani melingkari pinggang lelaki tersebut.

       "Abang!!!,"Khairul tersentak dengan perlakuan Hani itu lalu dia membalas pelukan Hani. Kerinduan yang bergunung itu dapat dirasakan oleh Khairul. Ubun-ubun Hani yang dilitupi kain hitam itu dicium bertalu-talu,kemudian beralih ke pipi dan barulah Khairul tersedar pipi Hani telah dilindung di sebalik kain hitam itu. Dengan lembut jari jemari Khairul membuka ikatan kain Hani itu lalu hanya beberapa detik terpamerlah wajah Hani yang semakin indah di mata Khairul walaupun kelihatan lebih cengkung. Bibir Khairul dengan pantas mencapai pipi. Jari jemari Khairul mengusap pipi halus Hani.
  Khairul mendekatkan wajahnya dan wajah Hani sehingga dahi dan hidung mereka bertemu.

"Abang minta maaf,"suara separuh berbisik itu, meruntun jiwa Hani. Sungguh dia rindu belaian suaminya. Air mata Hani pantas mengalir. Ibu jari Khairul yang kasar itu menyeka lembut air mata yang mula mengalir itu.

" Abang tak dapat jaga Miejah dengan baik. Semua salah abang. Kalau abang tak susahkan hati dia mesti semua ini takkan jadi. Kalau abang bagi perhatian sepenuhnya dekat dia pasti sahabat Hani itu tidak mati. Abang memang dayus! Suami tak guna! Marahlah abang ini Hani! Abang kejam dengan Hani!",bertalu-talu Khairul menyalahkan dirinya dengan pantas jari telunjuk Hani berpaut kepada bibir Khairul yang sedang ralit menyalahkan diri sendiri. Khairul sungguh terkejut dengan tindakan Hani yang terlampau berani baginya. Air mata Khairul serta merta mengalir dengan laju.

"Jangan cakap macam itu. Hani sudah redha dengan semua ini. Bukan salah abang, ini semua ketentuan Allah. Allah tahu apa yang terbaik. Sekarang ini abang pergi mandi lepas itu abang pergi jumpa Azib. Sambung semula tali yang abang sudah putuskan dengan dia. He need someone to stand him up again and the person is you," pipi Hani naik kemerahan, segan dengan perbuatannya sendiri. Sambil itu di kepalanya timbul pelbagai persoalan. 'Apa maksud Khairul perhatianya kepada Hamiezah tidak cukup? Semasa di Malaysia aku nampak banyak je perhatian yang dia bagi dekat Hamiezah , malah terlebih-lebih perhatian yang dia bagi sampai aku pun terpinggir,' timbul sedikit cemburu pada hatinya. Cepat-cepat Hani mencantas pemikiran buruk itu.

                       "Assalamualaikum, Azib! Hani datang ini,"laungan Hani diiringi dengan ketukan yang betalu. Khairul juga masih lagi tidak jemu menekan loceng.

"Betul ke ini rumah dia, ke Hani yang salah rumah?,"soal Khairul.

"Betullah ini rumah Azib. Kak Fatimah adik dia satu rumah dengan Azib. Takkan boleh salah pula. Setiap bulan kak Fatimah pergi sini,"

"Ouh, kak Fatimah pergi sini setiap bulan. Hani pergi setiap bulan juga ke?,"Khairul mengangkat keningnnya.

"Kalau Hani ada masa Hani temanlah. Takkan nak biar kak Fatimah pergi sorang-sorang. Bahayalah," Hani menjawab setiap soalan Khairul dengan penuh kesabaran.

"Kak Fatimah itu memang tak ada kawan perempuan lain eh? Hani sahaja ke kawan perempuan dia?," benih-benih kecemburuan sudah mula bertunans di hati Khairul.

"Ya Allah, abang ini kenapa ini? Rumah Hani dekat dengan dia kan. Apa salahnya kalau Hani membantu? Abang cemburu ke? Hani takkan curang dengan abang. Percayalah, mencintai abang selepas Allah dan Rasul adalah kewajipan buat Hani. Jadi, jangan nak cemburu membuta sangat okey sayang. Sambung ketuk pintu," Hani menggeleng kepala melihat kelakuan suaminya. Khairul tersenyum sumbing mendengar celoteh isterinya itu. Sungguh dia rindukan bebelan Hani bermain di telinganya.

"Tapi sayang, dalam Islam kalau dah beri salam sebanyak tiga kali, tapi kalau tuan rumah masih lagi tidak menyahut, wajib untuk kita beredar,"giliran Khairul pula memberi tazkirah.

"Kalau macam itu kita pergi esok sahajalah", ujar Hani. Khairul hanya menurut. Baru sahaja Hani dan Khairul ingin melangkah pergi, pintu sebelah rumah Azib terkuak",

"Are you searching for Azib?", soal lelaki russia itu dengan slang russia yang agak pekat.

"Yes,"Hani dan Khairul mengangguk serentak.

"Dia baru sahaja keluar(alih bahasa),"
"Terima kasih",Hani dan Khairul memberikan sedikit senyuman kepada lelakin Russia.

"Kamu! Kamu isteri Azib bukan? Masih ingat ketika di lapangan terbang tempoh hari", jari telunjuk lelaki itu ditujukan kepada Hani. Khairul di sebelah Hani terkejut dengan penyataan lelaki itu, dipandangnya Hanj dengan mata yang terbuntang. Hani hanya diam dan berlalu pergi. Malas hendak melarutkan lagi perkara merepek itu. Khairul yang berada disitu segera mengikuti Hani keluar dari apartment itu.

Sampai sahaja di rumah, Khairul menghempas pintu sekuat hatinya dengan pantas Khairul merentap tangan Hani. Hani yang sedang melangkah ke kamarnya itu terdorong ke dada Khairul. Hembusan nafas Khairul yang kasar itu dapat didengari oleh Hani menunjukkan betapa marahnya Khairul.

"Apa abang ini? Sakitlah," Hani cuba untuk melepaskan pergelangan tangannya daripada Khairul, namun semakin kuat  Khairul menggenggam tangan Hani sehingga membuatkan Hani terjerit kecil. Air mata Hani mula mengalir sedikit demi sedikit.
Mata  Khairul mencerlung tajam kepada Hani seperti harimau yang sedang menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Khairul menggenggam tangan Hani sekuat hatinya.

"Argh!," Khairul melepaskan tangan Hani dengan kasar dan terus masuk ke bilik tidurnya. Hani yang berada di situ mengusap-usap pergelangan tangannya yang kemerahan itu. Air matanya tidak berhenti mengalir.

       Hani terkejut dengan perbuatan kasar Khairul itu. Menang niat Hani untuk menceritakan segala pengalamannya di negara Eropah ini sepanjang ketiadaan Khairul kepada suaminya. Tetapi belum sempat cerita dimulakan perselisihan faham antara mereka telah berlaku. Hani semakin runsing dengan kelakuan Khairul yang semakin pelik. Khairul telah banyak berubah semenjak dia berkshwin dua.
 
      Hani cuba mengawal segala prasangkanya terhadap Khairul. Air mata Hani semakin deras dalam kesayuan hatinya itu.

                                         ***

Di bilik tidur, Khairul menghempaskan badanya ke atas katil bersaiz queen itu. Diraup wajahnya berkali-kali, menyesal atas tindakan kasarnya terhadap Hani. Khairul beristighfar berkali-kali.

Malam itu Hani dan Khairul tidak keluar dari bilik masing-masing. Usai solat Isyak Hani terus tertidur keletihan akibat menangis sepanjang hari.

Khairul masih lagi berteleku di tikar sejadah. Sudahlah baru sahaja sampai, kemudian bertindak kasar terhadap isterinya. Hati Khairul menjadi bersalah terhadap isterinya. Khariul segera bangkit dari tikar sejadahnya dan melangkah keluar dari biliknya. Perlahan-lahan Khairul melangkah menuju ke bilik Hani. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik isterinya, hati Khairul menjadi bersebar dan ragu-ragu untuk memulas tombol pintu itu.
 
Tombol pintu itu dipulas perlahan. Dikuak pintu itu perlahan-lahan. Pada sisi yang sempit itu, kelihatan Hani yang tertidur ditepi katil dengan telekung yang masih belum dibuka. Memang tidur matilah jawabnya si Hani ini.

        Khairul menapak dengan sedikit pantas, tanpa berlengah tubuh kecil Hani dicempung lalu diletakkan di atas katil dengan lembut. Telekung yang dipakai, dibuka dengan lembut lalu dilipat dan diletakkan di atas sejadah. Terserlah tubuh Hani yang hanya di tutupi dengan baju muslimah dan kain batik. Khairul mentebarkan selimut tebal itu di atas badan Hani.
 
  Khairul merebahkan tubuhnya di sebelah Hani yang nyenyak dibuai mimpi. Pipi cengkung dan bawah mata Hani yang tebal itu diusap lembut oleh Khairul. Rambut yang sedikit lembap itu dielus lembut. Khairul mencium perlahan pipi isterinya diiringi air mata." Maafkan abang. Abang tak sengaja," bisikan lembut berlalu begitu sahaja di cuping telinga Hani.

                                             ---
Mata yang terasa berat itu, dipaksa juga oleh Hani untuk dibuka. Alangkah terkejutnya Hani apabila melihat wajah Khairul hanya beberapa inci sahaja daripada wajahnya.
Bukannya Hani tidak pernah berada diposisi yang sebegitu. Tetapi entah kenapa untuk kali ini Hani terasa janggal sekali. Mungkin kerana perlakuan Khairul yang sedikit kasar kepada Hani semalam. Hani meneliti  setiap inci wajah Khairul buat kesekian kalinya.
 
   Entah kenapa perasaan Hani kali berbeza untuk Khairul. Mungkin kerana terlalu kerap disakiti menjadikan perasaan kasih Hani semakin pudar. Air mata yang mengalir di pipi Hani diseka lembut. 'Hani. Ini semua bukan salah Khairul. Tapi ini masalah yang kau cari sendiri. Kau kena terima semua ni'. Suara hatinya yang seringkali menyalahkan dirinya membuatkan Hani semakin keliru.

Comments

Popular posts from this blog

Diari memoriku part 13

                                Tiba sahaja di lapangan terbang Demodedovo,  Hani memanjangkan kepala mencari kelibat Azib. Sepanjang Hani berada di dalam lapangan terbang itu, semua orang yang berada di situ memandang sinis kepadanya.' Eh, kenapa dengan diorang ni pandang aku macam tu sekali' Hani melihat penampilanya. Tangan kananya dengan pantas meraba wajahnya lalu Hani tersenyum sinis. 'Sebab benda ini rupanya'.                     Tiba-tiba seorang lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal  40-an datang kepadanya dengan bengis seperti ada yang tidak kena pada Hani. Lantas lelaki berbangsa Rusia itu memarahi dirinya dalam bahasa Rusia. Hani yang baru sahaja sampai itu terkebil-kebil. Apa yang Hani sempat tangkap hanyalah pe...

Diari Memoriku part 12

         Hani menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya itu. Hani mengalihkan pandangannya ke sudut bilik. Terlihat dua bagasi besar berwarna hijau yang baru siap dikemas oleh Hani. Pejam celik, pejam celik lagi dua minggu je Hani akan berangkat ke Russia.        Pergi sorang jelah Hani nampaknya. Khairul..... Bila ingat balik 2 tahun lepas rasa macam kelakar je. "Abang tak pergi Russia sebab tunggu Hani lah... Belajar betul betul untuk SPM ni. Nanti kita terus honeymoon dekat Moscow sana ha....",     Kata-kata Khairul yang dua tahun lepas itu membuatkan Hani tersenyum sinis sendirian.   "Huh! Honeymoon konon. Tunggu konon. Beriya je merancang. Betullah tu. Kau sebaik-baik perancang Ya Allah", Hani menyeka air matanya yang mula bergenang itu.          Hani bingkas bangun menuju ke dapur. Kepala Hani semenjak dua menjak ni asyik berputar je. Man...