Skip to main content

Diari memoriku part 13

                                Tiba sahaja di lapangan terbang Demodedovo,  Hani memanjangkan kepala mencari kelibat Azib. Sepanjang Hani berada di dalam lapangan terbang itu, semua orang yang berada di situ memandang sinis kepadanya.' Eh, kenapa dengan diorang ni pandang aku macam tu sekali' Hani melihat penampilanya. Tangan kananya dengan pantas meraba wajahnya lalu Hani tersenyum sinis. 'Sebab benda ini rupanya'.

                    Tiba-tiba seorang lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal  40-an datang kepadanya dengan bengis seperti ada yang tidak kena pada Hani. Lantas lelaki berbangsa Rusia itu memarahi dirinya dalam bahasa Rusia. Hani yang baru sahaja sampai itu terkebil-kebil. Apa yang Hani sempat tangkap hanyalah perkataan "terrorist".  Lelaki Rusia itu sudah mengangkat tangannya yang berotot itu untuk melempang Hani. Mujur sahaja tangan lelaki Rusia itu sempat disambar oleh seseorang. Lelaki itu dengan pantas mencengkam kolar lelaki Rusia tersebut. Keadaan di situ  menjadi sedikit kecoh. Lantas beberapa orang polis datang menghampiri mereka.

               "Hey! What happened?!", polis itu menyoal tegas.

"He disturbed my wife!", Hani dengan pantas mendongakkan kepalanya.

    
                                                  ***

Hani mengacau kopi panas itu perlahan-lahan. Lidah Hani kelu untuk berkata. Malu pun ye. Marah pun ye juga.

           "Sorry Hani, saya terpaksa buat macam itu. Kalau tak saya nak jawab apa dengan polis tu. Nasib baiklah polis itu jiran saya", serba salah Azib dibuatnya.

"Takpa. Saya faham",

"Hani pun satu. Yang pakai serba hitam ni kenapa? Lepas tu pakai penutup muka pula itu. Penutup muka pun hitam. Haih, Hani...Hani...",tergeleng-geleng kepala Azib.

"Ini bukan penutup muka, ni purdah".

"Alah samalah jugak tu. Funtion nak tutup muka juga",

"Takkan saya nak buka Azib", resah Hani dibuatnya. Yelah first time rasa Islamophobia. Selama ini baca dekat surat khabar je. Azib meraba-raba poket jaket dan seluarnya seperti mencari sesuatu. Azib mengeluarkan sehelai sapu tangan kotak-kotak daripada poket seluarnya.

"Nah pakai ini", Azib menghulurkan sapu tangan itu tepat-tepat di hadapan wajah Hani. Terbeliak mata Hani.

"Siriuslah? Takkanlah",

"You have no choice Hani. Take it off or wear this", Hani dengan terpaksanya , mencapai sapu tangan itu.

"Ada jarum peniti tak?" Soal Azib.

"Ada", dingin sahaja suara Hani.

"Nanti saya hantar pergi apartment Hani. Saya dah bayar duit sewa untuk tiga bulan. Jadi Hani ada masa untuk fikir tentang kerja sambilan",

"Ya Allah, janganlah susahkan diri. Saya ada duit nak bayarlah", dahi Hani mula berkerut. 'Serba salahlah! Dahlah dia juga tolong aku dari kena tampar. Belanja kopi lagi'.

"Ha'ah memang susah pun. Saya memang kena panjat gunung baru dapat bayar duit sewa rumah Hani",  Azib tersenyum nakal.

"Main-main pula dia. Nah, ni saya nak bayar ni', Hani menyeluk tas tangannya dan mengeluarkan sampul berwarna coklat dan segera menghulurkan kepada Azib.

"Hani, saya ikhlas",

"Saya pun ikhlas ni. Nah cepatlah ambil. Nanti orang ingat saya jual dadah pula",Hani cuba melawak. Azib dengan serta merta menjatuhkan tangan Hani dengan tangannya perlahan-lahan. Sebab dia pakai sarung tangan teballah dia berani buat macam itu. Kalau tidak mahu kena simbah dengan kopi panaslah jawabnya.

"Tolong anggap ini salah satu daripada tanggungjawab Khairul", Hani terkedu. Wajah Hani mula memerah. Air mata bergenang di tubir matanya cuba ditahan.

"Emm...",

"Dahlah jom cepat pergi tandas tukar 'penutup muka' Hani itu. Lepas itu nanti saya hantar pergi apartment. Kita naik marshutka (bas mini)" Azib cepat-cepat mengubah topik. Bimbang mood Hani hancur nanti.

                                                    ---

"Zdravstvuite! (Hai/hello)", pemandu itu menyapa salam Azib dengan wajah ketat. Orang Russia memang susah untuk mengukirkan senyuman. Jauh beza sekali dengan orang Melayu yang sangat murah dengan senyuman. Bagi mereka tersenyum sewaktu bertugas adalah sesuatu yang salah. Namun, apabila kita semakin rapat dengan mereka, rupa-rupanya mereka lebih ramah daripada yang disangka dan sangat baik hati. Hani dengan ini , sedaya upaya mengurangkan perasaan sensitif supaya tidak mudah terasa dengan penduduk Russia ini. Bertabahlah Hani!

    Usai Azib memberitahu destinasi mereka kepada pemandu tersebut, Hani dan Azib pergi mengambil tempat masing-masing. Azib duduk dibahagian belakang manakala Hani berada dihadapannya. Mujur sahaja keadaan di dalam marshutka ketika itu sedikit lenggang. Mudahlah mereka mencari tempat duduk yang jarak sedikit.

"Hamiezah sihat?", pertanyaan Azib mematikan lamunan Hani.

"Ha.. Hamiezah? Oh! dia Alhamdulillah sihat. Cuma itulah, dia dah makin 'chubby ' sikit",  Azib ketawa kecil

"Mesti comel dia sekarang. Yelah dulu masa sekolah menengah beriya diet. Sekarang masa mengandung ini. Semua benda dia tibai,Hani tahu tak? Asal datang rumah mama mesti ada benda yang diminta. Jenuh mama melayan. Haih, adik..adik", Azib melontarkan pandangan ke luar tingkap.

"Ohh...biasalah itu orang mengandung. Kalau boleh setiap masa nak makan", memdatar sahaja nada Hani.

"Hani rasa baby apa, boy ke girl?",

"Saya nak boy", semakin sayu nada Hani dan pada ketika itu Azib sedar bahawa dia telah pergi ke topik yang salah. Cepat cepat dia menampar mulutnya yang dihiasi dengan kumis nipisnya. Ligat otak Azib untuk mengubah topik.

"Hani lapar tak? Kalau lapar nanti sampai apartment saya nak belikan Hani makanan",

"Saya tak laparlah. Lagipun saya ada bawak satu beg makanan. Nanti pandai-pandailah saya mencekik mana yang patut", Hani cuba menyakinkan Azib.

"Eh, mana boleh macam itu. Dekat Russia ni, ada macam-macam makanan best tau. Jangan risau, semuanya pasti ditanggung Halalan Toyyiban", Azib membuat thumbs up kepada Hani.

"Esok-esok sahajalah Azib. Saya penat ini. Sampai apartment nak terus unpack, lepas itu nak tidur sekejap. Esokan saya nak pergi bersiar-siar dengan akak angkat saya. Nanti saya makanlah makanan yang Azib cakap best sangat tu",Hani mencebikkan bibirnya

"Amboi, belum apa-apa lagi dah ada kakak angkat!",

"Alumnai sekolah kita, kebetulan dia pun buat medic dekat sini. Tahun ketiga rasanya. Tapi saya rasa awak tak kenal, dia itu tak popular sangat zaman sekolah dulu",

"Alah, nak kata dia popularlah itu", giliran Azib pula mencebik. Tidak dinafikan, Hani memang agak terkenal pada zaman sekolah, baik dikalangan pelajar mahupun guru. Hani terkenal bukanlah kerana rupa parasnya, tetapi kerana alunan ayat Al-quran yang dialunkan olehnya, dapat memukau semua orang.

"Sikit ah", mereka menghamburkan ketawa mereka. Babushka (nenek) yang berada di dalam marshutka itu, hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka

                    

                                                   ***

"Terima kasih kak Fatimah, sudi tolong saya kemas  apartment ni", Hani memandang wajah berkacukan cina itu sambil mengukirkan senyuman.

"Alah... biasa sahajalah. Tolong sikit-sikit je. Lagipun barang awak bukannya banyak sangat pun. Akak nak tanya ni. Kamu ini tunang Azib ke?", amboi akak ni, main sembur je.

"Eh taklah, kenapa tanya macam itu", tenang sahaja wajah Hani.

"Yelah kembar akak tu. Housemate Azib. Azib selalu sangat cerita pasal kamu dekat kembar akak. Kembar akak itu memang suka bergosip dengan akak jadi apa yang Azib cerita akan sampai dekat akak jugak",

"Dia cerita pasal apa?", Hani jadi semakin ingin tahu.

"Dia selalu cerita benda yang sama. Pasal kegemaran kamu, kerenah kamu",

"Dia tak cerita yang saya dah kahwin?", terbuntang mata Fatimah. Hani hanya tersenyum dan menerangkan segalanya.

"Oklah Hani, esok akak bawa kamu pergi pusing-pusing dekat kawasan ini", setelah bersalaman, Fatimah yang sudah berada di luar apartment menoleh ke belakang kembali.

"Oh ya! Hani, kalau nak pakai 'penutup muka' itu. Better pakai yang Azib bagi", Hani mula berkerut.' Haih, akak ni pun panggil benda ini penutup muka jugak?'.

"Itupun Azib yang cerita. Assalamualaikum!", Fatimah mengekek ketawa. Pusing Hani dibuatnya.

                                               ***
      Sesekali Azib mengerling jam Polo di tangan kananya. Sudah hampir 15 minit dia dan Fatih berada di hadapan apartment Hani.

          "Akak aku ni, siput betullah. Musim sejuk macam ini pun nak bersolek juga ke?", Fatih mengomel sendirian. Walaupun salji belum tiba, tetapi kesejukannya sudah mencecah tulang.

            Tidak lama selepas itu, kelibat Hani dan Fatimah yang sudah kelihatan menghampiri mereka berdua. Azib segera memandang wajah Hani. Kali ini Hani menggunakan kain berwarna kuning sedondon dengan tudungnya manakala tangannya menggenggam cermat sapu tangan kotak kotak miliknya.

           "Nah, terima kasih bagi saya pinjam",Hani menghulurkan sapu tangan itu kepada Azib. Azib perlahan-lahan mengambil sapu tangan itu.

               "So should we start our journey?", Fatih mula bersuara.

     "Ok jom, man first", Fatimah memberi laluan kepada Azib dan Faith untuk berjalan dihadapan.

       "Oklah itu. Lebih baik berjalan belakang singa daripada belakang perempuankan", Azib dan Fatih lantas meletuskan ketawa kecil mereka dan terus berjalan ke hadapan. Fatimah dan Hani hanya menggelengkan kepala.

                                                ***

            Sudah hampir setengah jam Hamiezah berdiri di tepi pintu dapur, memerhatikan gelagat suaminya itu. Sudah hampir dua bulan Hani pergi meninggalkan Malaysia. Kandungannya pula kini semakin sarat. Khairul menjadi lebih pendiam. Rinduka Hani mungkin. Bukan Hamiezah tidak sedar bahawa kadang-kadang Khairul sentiasa tersasul antara dirinya dan Hani.
 
            Setiap kali keluar berjalan pasti Khairul akan bertanya kenapa dirinya tidak memakai purdah. Setiap kali soalan itu diajukan, Hamiezah hanya tersenyum dan berlalu pergi. Tiba-tiba dia merasakan bahawa perutnya sedang mengeras, satu sakit yang tidak pernah dia rasa sepanjang sembilan bulan ini. Sakit itu cuba ditahan.

                      "Argh!", Hamiezah mengerang sedikit kuat. Erangan itu lantas didengari oleh Khairul.  Khairul segera berpaling ke belakang. Kelihatan isterinya terduduk di atas lantau yang dibasahi dengan air jernih. Khairul segera berlari mendapatkan isterinya.

"Ya Allah, sayang!  Dah jom kita pergi hospital", perlahan-lahan isterinya itu dipapah. Erangan dan tangisan Hamiezah semakin kuat.

                                              ___

"Khairul macam mana dengan Hamiezah?", termengah-mengah Puan Azizah mendapatkan Khairul.

"Tak tahulah ibu, doktor cakap pintu dah buka tapi baby tak mahu keluar. Mungkin kena bedah",

"Ya Allah, takutnya saya abang", Puan Azizah segera memaut lengan suaminya, Aiman. Aiman menggosok lembut bahu Puan Azizah.

"Sabarlah Zah, Insyallah semuanya berjalan lancar. Kita doa sahaja",

           Tidak lama selepas itu, seorang doktor berjalan menghampiri mereka.

"Penjaga dan suami puan Hamiezah ya?"

"Ye saya",segera Khairul menjawab.

"Okay, macam ini. Pintu rahim puan Hamiezah dah buka. Tapi baby tak mahu keluar, kemungkinan besar ada masalah dengan uri. Jadi kami perlu buat pembedahan",

Khairuk menarik nafas panjang.

"Ok doktor, just do it",

                                              ***

           Sudah hampir dua bulan Hani berada di bumi perantauan ini. Hani hampir lali dengan masyarakat Russia yang kurang gemar senyum ini. Hani juga sudah lali dicemuh oleh bangsa Russia bukan Islam di sini. Pernah sekali tudungnya direntap kasar oleh warga Russia di situ. Mujur sahaja ada Fatimah dan Azib. Hani membelek-belek telefonnya. Selama dua bulan dia berada di sini. Tidak pernah sekali pun dia berhubung dengam Khairul . Bukan merajuk, cuma rasa sakit hati tak hilang lagi.

    "Assalamualaikum, Hani!", terdengar sahaja suara yang memberi salam itu, Hani segera berlari  membuka pintu.

"Eh, kak Fatimah! Kenapa datang sini?", Hani mengambil tempat bersebelahan dengan Fatimah.

"Eh, kenapa? Akak tak boleh datang ke?", gurau Fatimah.

"Apa pula macam itu. Tiadalah, cuma pelik sahaja. Akak tak ada telefon pun nak datang", risau pula Hani  kalau Fatimah berkecil hati dengannya.

"Akak datang ini, sebab nak bagi barang. Azib kirimkan sup Borscht ini. Dia kata Hani suka sangat sup ini", Fatimah menghulurkan plastik kertas berwrna coklat itu kepada Hani.

"Ish, dia ni! Susah-susah sahaja. Suka sangat buat orang serba salah macam ini", Hani mengambil bungkusan itu dengan cermat.

"Itu dia buat sendiri tau", tambah Fatimah lagi.

"Betul ke? Ya Allah, Azib ini memang suka macam ini. Tak selasa saya dibuatnya",

"Lah...kenapa tak selesa pula? Dia buat baik itu. Akak rasa dia suka Hanilah",Fatimah tersenyum nakal.

"Akak.. Hani sudah berkahwinlah. Takkan lupa pula",

"Oh... ye maaf. Akak terlupa. Yelah Hani, cakap pasal kahwin ini. Hani jarang cakal pasal suami Hani. Dia datang sini tahun depankan? Madu Hani itu dah beranak belum?",

"Insyallah, kalau tiada halang, tahun depanlah dia datang. Pasal Hamiezah, saya rasa dia tengah tunggu hari. Dah dekat sangat dah ini", Hani mengira-gira dengan jari runcingnya itu.

"Hani tak telefon suami Hani?", soal Fatimah.

"Tak",

"Dah dua bulan Hani dekat sini. Takkan sekali pun tak pernah?",Fatima mengangkat kening kanannya.

"Alah, Hani selalulah video call dengan mak Hani. Nanti kalau ada apa-apa pandai-pandailah dia tanya mak Hani. Lagipun Hani rasa dia tak pernah tanya pasal Hani pun. Yelah tengok, sampai sekarang dia tak ada lagi nombor Hani",

"Hani, kenapa cakap macam itu. Korang bergaduh ke macam mana. Ingat Hani, syurga Hani itu suami Hani. Berdosa tahu. Tak eloklah suami isteri gaduh lama-lama. Walauoun akak tak kahwin lagi. Tapi akak tahulah sikit-sikit pasal perkahwinan ini",

"Entahlah akak. Kadang-kadang Hani rasa menyesal dengan pilihan Hani",belum sempat Hani menghabiskan ayatnya, Fatimah segera memotong.

"Hani, kenapa cakap macam itu? Apa yang jadi, ada hikmahnya. Semua rumah tangga ada turun ada naik. Kita bukan happy ever after macam dekat drama-drama itu. Drama-drama itu tersilap alam. Happy ever after dekat syurga nanti. Ingat Hani, setiap yang berlaku mematangkan kita. Jangan terburu-buru dalam buat keputusan. Fikir tentang keluarga juga. Ikut teladan rumah tangga Rasulullah Hani. Buang prasangka dan perasaan tak baik Hani itu dekat suami Hani jauh-jauh.", air mata Hani jatuh sahaja sepanjang teguran Fatimah tadi.

"Hani, tak tahulah akak. Hani buntu. Hati Hani ini sakit sangat. Dia tak tahu ke Hani sayang dia sangat-sangat. Kenapa tak boleh dia bagi tumpuan itu sikit pun dekat Hani. Tak banyak akak. Hani nak sikit sahaja. Cukup dengan makan sama-sama", esakkan Hani semakin kuat. Fatimah lantas merangkul erat Hani.

"Syhhhh.... dia sayang Hani percayalah. Dah-dah jangan nangis. Jangan fikir sangat. Ingat, Hani kena baiki balik hubungan Hani. Akad yang dia lafazkan itu, tanda dia sayang Hani dan dia dah berjanji sayangkan Hani dah pun. Akak percaya dia lelaki yang baik dan Hani pun sahabat yang baik", Hani hanya cuba menghadam pesanan Fatimah itu dengan esakannya. Kali ini Hani rasa sangat lega, apa yang perlu diluahkan itu akhirnya terluah juga. Hani semakin selesa dengan Fatimah walaupun hanya dua bulan mereka berkenalan itu sudah membuahkan satu ukhwah yang baik.

                                                     ***

   Sudah hampir 4 jam Khairul menunggu di luar bilik pembedahan. Keluarga dan mertuanya sudah pulang dahulu. Khairul meraup rambutnya beberapa kali. Resahnya tidak terkata. Tidak lama selepas itu seorang doktor keluar dari bilik pembedahan itu. Khairul dengan segara berjalan mendapatkan doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?"

"Saya minta maaf encik, berlakunya aminiotic fluid pada isteri encik. Kami tidak dapat merawat isteri encik dengan segera. Kami minta maaf. Bayi encik nanti selepas kami barsihkan encik boleh azankan dia. Sekali lagi kami betul- betul minta maaf", doktor tersebut kembali melangkah ke dalam bilik pembedahan. Khairul betul-betul terkedu, satu kenyataan yang tak pernah disangka. Yang tak pernah berlaku pada dirinya. Yang selama ini hanyalah dianggap cerita-cerita sahaja. Untuk kali ini, berlaku pada dirinya sendiri. Air mata Khairul laju mengalir di pipi cengkungnya. Khairul hanya mampu beristighfar dan bersandar pada dinding. Kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri.

                                            ***

                 Baju-baju yang telah siap dilipat, dimasukkan ke dalam bagasi hijau. Akhirnya bagasi kedua telah siap dikemas. Bagasi-bagasi yang ingin dibawa esok, disusun di sudut katil. Hani menghempas badannya ke atas katil bersaiz Queen yang empuk lagi gebu itu.

       Air mata Hani mengalir deras. Buat kesekian kalinya entah kali ke berapa Hani menangis. Dia menangis bukan kerana sedih untuk meninggalkan Malaysia. Tetapi Hanu menangis kerana kecewa dengan sikap Khairul. Hati Hani dipagut rasa cemburu melihat keprihatian  dan tumpuan Khairul yang sangat hebat kepada Hamiezah.

          Hani mengusap perutnya yang kempis itu "kalau  Adam ada lagi... mesti abah bagi tumpuan yang cukup pada mama kan," bukannya Hani menyesal kerana memaksa Khairul berkagwin dua. Tapi isteri mana yang tidak cemburu apabila perhatian yang diberi suaminya semakin kurang. Hani tahu dia tidak boleh salahkan Khairul kerana ini jalan yang Hani pilih. Dia sendiri yang rela mengorbankan kasih sayang Khairul demi kesihatan sahabatnya.

              Hani memejamkan matanya. Segala prasangka buruk cuba dibuang jauh dari fikirannya.

                                               ---
       
               Usai memakai jubah, Hani mendekatkan kepalanya pada kipas untuk mengeringkan rambut lurusnya yang separas pinggang. Jimat katanya. Sambil itu Hani membaca buku panduan di Russia. Tanpa Hanj sedari, bahunya dipeluk0 erat. "Hani, aku akan rindukan kau," Hani segera  memalingkan kepalanya ke arah suara itu, dilihat Hamiezah yang lencun dibasahi air mata. Cepat-cepat air mata Hamiezah diseka dengan jari-jemari Hani. "Alaa... janganlah menangis macam ini. Sedihlah aku nak tinggalkan Malaysia macam ini. Nanti lagi 6 bulan kita jumpa lagi okay", Hani menggosok lembut belakang Hamiezah. Air mata Hani turut tumpah.

          "Aku minta maaf Hani, aku rampas Khairul daripada kau Hani. Aku ambil perhatian dia, aku buat kau menangis setiap hari bila kau tengok kami berdua bermesra. Aku ni memang teruk betulkan. Kawan jenis apa entah aku ini. Memang tak layan dipanggil kawan," Hamiezah ketawa seolah-olah mengejek dirinya sendiri.

            "Jah, jangan cakap macam itu! Tak baiklah. Bila masa kau rampas Khairu? Bila masa kau ambil perhatian Khairul? Macam mana pula kau tahu aku menangis sebab apa? Pertama sekali, kau tak pernah rampas Khairul! Ingat tu!  Aku yang nak dia kahwin dengan kau. Aku yang sebenar-benarnya perampas. Aku tak tahu, yang kau betul-betul sukakan Khairul. Kedua,kau tak pernah ambil perhatian Khairul dari aku. Itu semua pilihan Khairul. Lebih-lebih lagi kau tengah mengandungkan zuriat dia. Anak pertama dia.
Ketiga, tak semua tangisan aku, tangisan kecewa jah. Adakalanya ,aku menangis sebab aku bahagia jah. Aku bahagia bila tengok kawan aku dah sihat, bahagia macam selalu. Aku yang patut minta maaf. Jadi, tolong jangan salahkan diri kau," Hamiezah hanya tertunduk dan tersedu.

      Tiba-tiba, Hamiezah mengerang kesakitan. "Miejah,kau kenapa ni? Ya Allah apa aku nak buat ini?," tak semena-mena  terletus ketawa Hamiezah. Seronok dia mengenakan Hani.

     "Eeiih, kau ni!," bermulalah sesi pujuk memujuk antara Hamiezah dan Hani. Hani masih tidak berubah pada bahagian rajuknya pada Hamiezah itu. Manja yang amat.

       "Alolololo Hani, takkan aku tengah mengandung ini pun kau masih merajuk lagi. Nanti anak aku ikut perangai mama dia macam mana?", Hamiezah mengusik-ngusik nakal bibir Hani.

   "Emh!!",Hani memalingkan wajahnya.

"Ijju!," Hamiezah mencuba taktik lama.

"Miju", jawapan yang pertama masih dingin seperti dulu.

"Ijju!!",

"Miju", okey, masih dingin.
"Ijju!!!!!",
"Miju!!!!!!," berdekah- dekah mereka ketawa mengenangkan sifat keanak- anakan mereka itu.

                                        °°°

Lamunan Hani yang begitu lama itu di matikan dengan deringan telefonnya. Hani menyeka air matanya. Sebelum menyambut panggilan telefonnya. Tiba-tiba sahaja Hani teringatkan Hamiezah.

                  "Assalamualaikum, siapa ini?,"

"Waalaikumsalam, ini abang," sahut Khairul dengan suara yang serak.

"Abang? Abang tak sihat ke? Kenapa dengan suara abang?," tak jadi Hani untuk merajuk apabila mendengar suara Khairul. Terlempias juga rindunya selama 2 bulan lebih ini.

"Tak, abang ok je. Cuma abang nak beritahu  Hani sesuatu", suara Khairul semakin sayu.

"Abang? Kenapa macam nak menangis ni? Abang nak beritahu apa?,"

"Hamiezah...dia.. dah meninggal dunia while she had given birth to our son. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang tak dapat nak jaga dia...", belum sempat Khairul menghabiskan kata-katanya, panggilan terputus.

"Hani...Hani?...Hani!,"

Telefon yang dipegang Hani terlepas ke lantai. Hani cuba berdiri tetapi tidak mampu. Air mata Hani tidak henti-henti mengalir. Dadanya menjadi sesak ditambah lagi dengan sedu yang tidak berhenti. Hani memegang dadanya.Tak semena-mena pandangan Hani menjadi gelap. Hani terbaring di atas lantai tanpa menyedarkan diri.

     

 

             
          

     

   

            

      

           
                     

                                                

                                              

              
    

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diari Memoriku part 12

         Hani menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya itu. Hani mengalihkan pandangannya ke sudut bilik. Terlihat dua bagasi besar berwarna hijau yang baru siap dikemas oleh Hani. Pejam celik, pejam celik lagi dua minggu je Hani akan berangkat ke Russia.        Pergi sorang jelah Hani nampaknya. Khairul..... Bila ingat balik 2 tahun lepas rasa macam kelakar je. "Abang tak pergi Russia sebab tunggu Hani lah... Belajar betul betul untuk SPM ni. Nanti kita terus honeymoon dekat Moscow sana ha....",     Kata-kata Khairul yang dua tahun lepas itu membuatkan Hani tersenyum sinis sendirian.   "Huh! Honeymoon konon. Tunggu konon. Beriya je merancang. Betullah tu. Kau sebaik-baik perancang Ya Allah", Hani menyeka air matanya yang mula bergenang itu.          Hani bingkas bangun menuju ke dapur. Kepala Hani semenjak dua menjak ni asyik berputar je. Man...

Diari Memoriku part14

                   Air dingin yang hinggap di wajah Hani, membuatkan Hani terjaga. Kelopak matanya terasa berat sekali tetapi digagahi juga untuk dibuka. Bayangan perempuan di hadapan Hani kelihatan kabur sekali. Hani mngelipkan matanya beberapa kali untuk mendapatkan penglihatan yang normal kembali.           "Hani dah sedar?,   ujar Fatimah dengan wajah keresahan. Mana tidaknya, masuk sahaja ke dalam rumah Hani sudah terkulai di atas lantai dengan wajah yang pucat. Hani yang baru sedar itu, ralit mentafsir gadis di hadapannya sambil memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Serta merta air mata Hani jatuh dengan deras.                                  "Akak....akak . Dia dah tiada,"s...