Air dingin yang hinggap di wajah Hani, membuatkan Hani terjaga. Kelopak matanya terasa berat sekali tetapi digagahi juga untuk dibuka. Bayangan perempuan di hadapan Hani kelihatan kabur sekali. Hani mngelipkan matanya beberapa kali untuk mendapatkan penglihatan yang normal kembali. "Hani dah sedar?, ujar Fatimah dengan wajah keresahan. Mana tidaknya, masuk sahaja ke dalam rumah Hani sudah terkulai di atas lantai dengan wajah yang pucat. Hani yang baru sedar itu, ralit mentafsir gadis di hadapannya sambil memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Serta merta air mata Hani jatuh dengan deras. "Akak....akak . Dia dah tiada,"s...
Tiba sahaja di lapangan terbang Demodedovo, Hani memanjangkan kepala mencari kelibat Azib. Sepanjang Hani berada di dalam lapangan terbang itu, semua orang yang berada di situ memandang sinis kepadanya.' Eh, kenapa dengan diorang ni pandang aku macam tu sekali' Hani melihat penampilanya. Tangan kananya dengan pantas meraba wajahnya lalu Hani tersenyum sinis. 'Sebab benda ini rupanya'. Tiba-tiba seorang lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal 40-an datang kepadanya dengan bengis seperti ada yang tidak kena pada Hani. Lantas lelaki berbangsa Rusia itu memarahi dirinya dalam bahasa Rusia. Hani yang baru sahaja sampai itu terkebil-kebil. Apa yang Hani sempat tangkap hanyalah pe...