Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Diari Memoriku part14

                   Air dingin yang hinggap di wajah Hani, membuatkan Hani terjaga. Kelopak matanya terasa berat sekali tetapi digagahi juga untuk dibuka. Bayangan perempuan di hadapan Hani kelihatan kabur sekali. Hani mngelipkan matanya beberapa kali untuk mendapatkan penglihatan yang normal kembali.           "Hani dah sedar?,   ujar Fatimah dengan wajah keresahan. Mana tidaknya, masuk sahaja ke dalam rumah Hani sudah terkulai di atas lantai dengan wajah yang pucat. Hani yang baru sedar itu, ralit mentafsir gadis di hadapannya sambil memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Serta merta air mata Hani jatuh dengan deras.                                  "Akak....akak . Dia dah tiada,"s...

Diari memoriku part 13

                                Tiba sahaja di lapangan terbang Demodedovo,  Hani memanjangkan kepala mencari kelibat Azib. Sepanjang Hani berada di dalam lapangan terbang itu, semua orang yang berada di situ memandang sinis kepadanya.' Eh, kenapa dengan diorang ni pandang aku macam tu sekali' Hani melihat penampilanya. Tangan kananya dengan pantas meraba wajahnya lalu Hani tersenyum sinis. 'Sebab benda ini rupanya'.                     Tiba-tiba seorang lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal  40-an datang kepadanya dengan bengis seperti ada yang tidak kena pada Hani. Lantas lelaki berbangsa Rusia itu memarahi dirinya dalam bahasa Rusia. Hani yang baru sahaja sampai itu terkebil-kebil. Apa yang Hani sempat tangkap hanyalah pe...

Diari Memoriku part 12

         Hani menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya itu. Hani mengalihkan pandangannya ke sudut bilik. Terlihat dua bagasi besar berwarna hijau yang baru siap dikemas oleh Hani. Pejam celik, pejam celik lagi dua minggu je Hani akan berangkat ke Russia.        Pergi sorang jelah Hani nampaknya. Khairul..... Bila ingat balik 2 tahun lepas rasa macam kelakar je. "Abang tak pergi Russia sebab tunggu Hani lah... Belajar betul betul untuk SPM ni. Nanti kita terus honeymoon dekat Moscow sana ha....",     Kata-kata Khairul yang dua tahun lepas itu membuatkan Hani tersenyum sinis sendirian.   "Huh! Honeymoon konon. Tunggu konon. Beriya je merancang. Betullah tu. Kau sebaik-baik perancang Ya Allah", Hani menyeka air matanya yang mula bergenang itu.          Hani bingkas bangun menuju ke dapur. Kepala Hani semenjak dua menjak ni asyik berputar je. Man...

Permohonan maaf

Sorry sangat sangat.. blog yg dulu dah terpadam.. Jadi ni blog yang baru. Maaf sangat sangat.. Saya tak boleh nak copy back 11 part untuk D.M jadi saya terus sambung ke part 12.. Maaf sangat sangat.