Skip to main content

Diari Memoriku part 12

         Hani menghempaskan tubuhnya di atas katil Queen miliknya itu. Hani mengalihkan pandangannya ke sudut bilik. Terlihat dua bagasi besar berwarna hijau yang baru siap dikemas oleh Hani. Pejam celik, pejam celik lagi dua minggu je Hani akan berangkat ke Russia.

       Pergi sorang jelah Hani nampaknya. Khairul..... Bila ingat balik 2 tahun lepas rasa macam kelakar je.

"Abang tak pergi Russia sebab tunggu Hani lah... Belajar betul betul untuk SPM ni. Nanti kita terus honeymoon dekat Moscow sana ha....",

    Kata-kata Khairul yang dua tahun lepas itu membuatkan Hani tersenyum sinis sendirian.

  "Huh! Honeymoon konon. Tunggu konon. Beriya je merancang. Betullah tu. Kau sebaik-baik perancang Ya Allah", Hani menyeka air matanya yang mula bergenang itu.

         Hani bingkas bangun menuju ke dapur. Kepala Hani semenjak dua menjak ni asyik berputar je. Mana taknya. Makan tak teratur. Tidur tak cukup. Perut asyik kosong. Asal sorang-sorang je menangis.

       Sampai sahaja Hani di depan pintu dapur, terdengar suara Hamiezah dan suaminya terkekek-kekek ketawa. Hani menyorok dibalik dinding untuk mendengar perbualan mereka.

"Anak abi ni janganlah nakal sangat. Kesian ibu", Khairul mengusap perlahan perut Hamiezah yang semakin memboyot ke hadapan.

"Doktor ada cakap apa-apa tak pasal baby? Dah tahu gender?",

"Doktor cakap baby okay. Gender saya tak nak tahu lagi. Saya nak suprise",

"Okay.. suprise.  You know what, I really proud of you. Terima kasih sebab kandungkan zuriat pertama abang. Bila pertama kali abang tahu sayang mengandung, i was speechless. Abang happy sangat", Khairul mencubit pipi Hamiezah yang semakin mengembang itu.

"Sama-sama", diwaktu itu. Allah sahaja yang tahu betapa bahagia dirinya saat itu.

Air mata Hani semakin deras. Tangan kananya mengusap perutnya yang kempis itu.' Abang salah. Adam zuriat pertama abang'.  Cepat-cepat air matanya diseka. Hani terus melangkah ke dapur. Cawan oren dicapai.

"Eh ,Hani. Hani dah makan? Jomlah makan sekali", Khairul cuba bersikap mesra.

"Hani dah kenyang",Hani terus berlalu pergi bersama cawan yang berisi air milo tanpa memandang wajah suaminya itu.

Khairul hanya tersenyum hambar. Dia tahu, Hani masih kecewa.

"Abang", Hamiezah mengusap tangan Khairul.
"Hamiezah minta maaf ",

"Tak sayang, bukan salah awak", Khairul mengeluh berat.

                                                   ***

      "Hani, kenapa Khairul tak ikut sekali?", Puan Salmah dengan berhati-hati meletakkan dulang berisi cawan dan teko di atas meja kayu kaca yang masih kelihatan baru itu.

    "Ouh, hari ini diorang pergi beli barang baby", Hani menjawab soalan ibunya itu tanpa perasaan.

"Hani tak ikut?",

"Ibu nampak Hani dekat mana sekarang ni?", ibunya ni, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

"Ibu tanya je.....", sengaja Puan Salmah ingin menyakat anaknya.

"Khairul dah tahu pasal Adam?", pertanyaan ibunya itu membuatkan keinginan Hani untuk menghirup air teh itu terbantut.

"Tak",

"Sampai bila Hani? Sampai bila Hani nak sorokkan benda ni daripada dia", pening kepala Puan Salmah dengan kerenah anak perempuannya ni.

"Biarlah ibu. Adam dah takda dah pun. Tak perlu nak ungkit perkara yang lepas",

"Amboi, sedapnya kau cakap. Memanglah dah lepas. Tapi kau kena ingat, Khairul tu ayah Adam. Hani, Khairul kena tahu dia pernah ade zuriat dengan kau walaupun cuma lima bulan", Puan Salmah memandang anaknya  dengan pandangan sayu. Puan Salmah faham, perjalanan hidup Hani bukan mudah.

'Bukan Hani tak nak beritahu Khairul ibu. Tapi, hati Hani ni sakit sangat. Walaupun Hani tahu, penyakit ni Hani sendiri yang cari , tapi Hani tetap perempuan. Hati perempuan mana yang tak hancur bila tengok suami dia sangat dingin dengan dia tapi sangat mesra dengan yang lain. Tapi Hani tak pernah menyesal dengan keputusan Hani'. Hani melayan perasaan sendiri.

   "Hani dengar tak apa yang ibu cakap ni?"

"Ye ibu, Hani dengar", lemas Hani apabila ditanya soalan yang sama setiap kali dia berkunjung ke rumah ibunya.

"Dah lama ibu tak dengar pasal Azib. Lepas kamu pantang, dia dah tak pernah datang sini. Manalah dia pergi?", bukan rindu. Tapi sepanjang anak perempuannya berpantang. Aziblah yang banyak bertanya tentang anak perempuannya itu. Sehingga satu tahap, Hani menjadi rimas.

"Ouh.. dia dah  pergi Russia dulu. Katanya nak tengok-tengok keadaan dekat sana. Sekaligus nak bercuti sekejap",

"Ouh. Banyak duit dia",

"Ibu, dia tu dari sekolah menengah nak pergi Russia. Semuanya dia guna duit dia. Duit yang dia kumpul. Mak ayah dia pon ada topup sikit. Jangan risaulah ibu. Dia tu pandai buat duit, pandai-pandailah dia cari kerja nanti", semput Hani membuat penerangan. Fuh..

"Siapa kata ibu risau? Nanti dah sampai sana Hani boleh terus cari Azib", Puan Salmah mengangkat kening setinggi yang boleh. Walaupun kening Puan Salmah seperti hidup segan mati tak mahu tapi  tetap dicuba untuk menjadi Ziana Zain. Kening itu jugalah yang diwarisi Hani.

"Hmmm.. tengoklah dulu", Hani menjawab dengan sambalewa sahaja. Malas hendak berbicara banyak tentang Azib.

                                              ***
         Hani memerhatikan dirinya di dalam cermin. Dari atas hingga ke bawah sudah cukup sempurna buat Hani. Jubah kelabu bercorakkan bunga putih dipadankan dengan tudung bidang 60 berwarna hitam dan wajahnya ditutup dengan sehelai kain yang sama warna dengan tudungnya. Handsock dan stokin pantas dicapai.

    "Okay Hani, hari ini kau akan pergi jauh dari sini. Beribu-ribu batu. Tinggalkan semua dekat sini. Jihad menuntut ilmu Hani",Hani memandang kesuluruhan ruang di dalam kamar beradunya. Terlalu banyak kenanganya disini walaupun cuma 4 tahun. Hani segera melangkah keluar dengan senyuman yang paling indah.

                                            ___

      "Jaga diri elok-elok dekat tempat orang. Jangan suka sangat. Ingat pergi sana nak belajar bukan cari teman tapi mesra tau", Khairul mencuit hidung Hani. Hani memberi jelingan maut kepada Khairul.

"Orang tahulah!",

"Ha.... nak pergi jauh-jauh  garang lagi dengan suami. Rindu nanti baru tahu", suka Khairul bila melihat  marah.

"Ish dahlah", belum sempat Hani melangkah dua tapak. Tangan Hani segera ditarik membuatkan Hani terdorong ke dalam dakapan Khairul. Hani terkedu, Khairul mengemaskan rangkulannya pada pinggang Hani.

"Hani, abang mintak maaf", Khairul mengeratkan dakapannya. Air mata Khairul mengalir deras.

"A.. abang", Hani cuba melepaskan rangkulannya tapi Khairul semakin menguatkan rangkulannya.

"Please Hani....for a minute", buat seketika Hani ragu-ragu untuk membalas pelukan Khairul dan pelukan Khairul dibalas dengan iringan air mata.

    Khairul tersenyum lega.

Hamiezah hanya tersenyum pahit di belakang pintu biliknya.

                                                   ****

           "Coffee or tea?" Seorang pramugari berbangsa eropah mungkin, menghulurkan  senyuman manis kepada Hani.

         "Tea", senyuman Hani tersembunyi dibalik kain hitam itu

                                       

          


 

   

                                     

 

    

Comments

Popular posts from this blog

Diari memoriku part 13

                                Tiba sahaja di lapangan terbang Demodedovo,  Hani memanjangkan kepala mencari kelibat Azib. Sepanjang Hani berada di dalam lapangan terbang itu, semua orang yang berada di situ memandang sinis kepadanya.' Eh, kenapa dengan diorang ni pandang aku macam tu sekali' Hani melihat penampilanya. Tangan kananya dengan pantas meraba wajahnya lalu Hani tersenyum sinis. 'Sebab benda ini rupanya'.                     Tiba-tiba seorang lelaki berkulit putih dalam lingkungan awal  40-an datang kepadanya dengan bengis seperti ada yang tidak kena pada Hani. Lantas lelaki berbangsa Rusia itu memarahi dirinya dalam bahasa Rusia. Hani yang baru sahaja sampai itu terkebil-kebil. Apa yang Hani sempat tangkap hanyalah pe...

Diari Memoriku part14

                   Air dingin yang hinggap di wajah Hani, membuatkan Hani terjaga. Kelopak matanya terasa berat sekali tetapi digagahi juga untuk dibuka. Bayangan perempuan di hadapan Hani kelihatan kabur sekali. Hani mngelipkan matanya beberapa kali untuk mendapatkan penglihatan yang normal kembali.           "Hani dah sedar?,   ujar Fatimah dengan wajah keresahan. Mana tidaknya, masuk sahaja ke dalam rumah Hani sudah terkulai di atas lantai dengan wajah yang pucat. Hani yang baru sedar itu, ralit mentafsir gadis di hadapannya sambil memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Serta merta air mata Hani jatuh dengan deras.                                  "Akak....akak . Dia dah tiada,"s...